教育资源为主的文档平台

当前位置: 查字典文档网> 所有文档分类> 医学/心理学> 中医/养生> apjee28_2013_art7_103_115

apjee28_2013_art7_103_115

上传者:古国耀
|
上传时间:2015-04-21
|
次下载

apjee28_2013_art7_103_115

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 103–115, 2013

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN

GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS

(A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL

EDUCATION TEACHERS)

Junaidah Mohamad and Nik Rosila Nik Yaacob2* 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Arau,

02600 Arau, Perlis 2 School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia,

11800 Pulau Pinang

*Corresponding author: nikrusila@usm.my

Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan bekerja berdasarkan faktor-faktor (a) imbuhan, (b) tugas, dan (c) persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut jantina, tempoh pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi dalam pendidikan khas. Sampel kajian ialah 115 orang guru pendidikan khas di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Perlis. Instrumen yang digunakan ialah Soal Selidik Kepuasan Bekerja Guru yang telah diterjemah daripada Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ). Instrumen ini mempunyai 66 item yang merangkumi sembilan subskala iaitu penyeliaan, rakan sekerja, suasana tempat kerja, gaji, tanggungjawab, kerja, kenaikan pangkat, keselamatan dan pengiktirafan. Data dianalisis dengan menggunakan Ujian-t dan Ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja berdasarkan faktor-faktor imbuhan, tugas dan persekitaran kerja mengikut jantina, tempoh pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi Pendidikan Khas dalam kalangan guru-guru pendidikan khas.

Kata kunci: kepuasan bekerja, guru-guru, pendidikan khas

Abstract: The purpose of this study is to determine teacher's job satisfaction based on (a) payment, (b) work load, and (c) working environment among the special education teachers according to gender, years of teaching experience and the highest special education qualifications. The sample consisted of 115 special education teachers in selected primary and secondary schools in Perlis, Malaysia. Data on job satisfaction is a translated version of Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ). The instrument consists of 66 items ranges from nine subscales i.e supervision, colleagues, working conditions, payment, responsibility, work itself, advancement, security and recognition. Data was analayzed by using t-test and ANOVA test. The finding shows there are no significant mean differences in job satisfaction based on various factors studied namely payment, work load and working environment.

Keywords: job satisfaction, teachers, special education 1

© Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2013

Junaidah Mohamad and Nik Rosila Nik Yaacob

PENDAHULUAN

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja kerana hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya. Peningkatan yang berlaku di dalam kepuasan kerja guru mampu memotivasikan mereka untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan kemahiran pengajaran, menjana persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan meningkatkan pencapaian pelajar. Kepuasan bekerja guru juga berkait rapat dengan penglibatan dalam membuat keputusan, autonomi yang tinggi di tempat kerja, keadaan persekitaran tempat bekerja dan kemajuan dalam pencapaian pelajar (Pearson & Moomaw, 2005; Ingersoll, 2001).

Guru pendidikan khas merupakan guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar kanak-kanak istimewa. Mereka perlu berhadapan dan menangani kerenah kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental, bermasalah pembelajaran, bermasalah emosi dan tingkah laku, bermasalah bahasa dan komunikasi, bermasalah fizikal dan kesihatan, bermasalah pendengaran, dan bermasalah penglihatan. Antara cabaran yang perlu ditangani oleh guru pendidikan khas adalah memastikan pelajar khas mempunyai kemahiran pengurusan diri. Hal ini bagi memastikan supaya pelajar-pelajar khas sentiasa berasa selamat dan tidak malu dengan penampilan mereka. Para guru sedaya mungkin perlu meredakan rasa tidak selesa dan tidak selamat dalam kalangan pelajar ini bagi menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan kebolehan yang mencukupi untuk berdepan dengan pelajar-pelajar ini.

Selain daripada tugas pengajaran, guru-guru juga dibebani dengan tugas klinikal dan pengurusan diri pelajar. Kualiti dan pencapaian objektif pengajaran mungkin terjejas jika perkara ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Bagi menjamin dan melindungi kesihatan pelajar pendidikan khas ketika berada di sekolah, satu penjagaan khusus dan rapi perlu dipupuk sebagai rutin setiap kali selesai melakukan aktiviti. Guru perlu menyatakan panduan dan peraturan penting yang harus diikuti oleh pelajar tentang kebersihan diri. Pelajar perlu diberitahu tentang tingkah laku yang betul untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian. Mereka juga perlu dilatih supaya mampu berdikari dan tidak hanya mengharapkan bantuan orang di sekeliling. Hal ini sekaligus menunjukkan perlunya wujud satu keperluan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kesukaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas dalam usaha mendidik pelajar-pelajar khas bagi memperoleh kepuasan dalam bekerja.

104

Kepuasan Bekerja dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas

Guru pendidikan khas juga harus menyediakan pengajaran mengikut gaya pembelajaran pelajar berdasarkan ciri-ciri perbezaan individu mereka yang unik dan pelbagai. Disamping itu, guru perlu bijak mengesan kesulitan dan ketidakupayaan pelajar-pelajarnya. Oleh itu, bidang ini memerlukan guru pendidikan khas mempunyai tahap kesabaran yang tinggi melebihi daripada guru-guru lain (Lee, 2009).

Kepuasan Bekerja dan Guru Pendidikan Khas

Menentukan kepuasan bekerja dalam kalangan guru merupakan satu usaha yang rumit. Kepuasan bekerja guru secara positifnya berkait dengan isu yang sering ditimbulkan di sekolah iaitu profesionalisme guru, penglibatan dalam membuat keputusan, perkembangan guru, keupayaan guru, persepsi tentang iklim sekolah, kejelekitan (cohesiveness) dan suasana tempat bekerja (Quaglia & Marion, 1991).

Ma dan MacMillan (1999) mendapati bahawa suasana tempat kerja memberi kesan terhadap kepuasan bekerja guru. Di dalam persekitaran sekolah, para guru menilai peranan tugas mereka dengan menentukan apa yang mereka rasa semasa hadir bekerja setiap hari. Beberapa pemboleh ubah tertentu seperti umur, bangsa dan jantina adalah berkait dengan kepuasan bekerja guru. Disamping itu, suasana tempat kerja, kuasa autonomi di dalam bilik darjah, sokongan pihak pentadbir, dan peluang untuk memimpin, mempunyai kepentingan di dalam menjelaskan tentang perbezaan peringkat kepuasan bekerja guru.

Penglibatan guru-guru dalam bidang pendidikan Khas adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya disebabkan oleh desakan keluarga, tiada pilihan lain, minat, ingin mencari pengalaman baru dan sebagainya. Namun didapati, ada segelintir daripada mereka tidak mengalami kepuasan bekerja (Lee, 2009).

Kajian yang dilakukan oleh Markandan (1984) dan Zainal (1997) mendapati guru wanita lebih berpuas hati berbanding guru lelaki. Dari segi tahap pendidikan, guru siswazah lebih berpuas hati tentang kerjaya yang mereka ceburi berbanding dengan guru lepasan maktab atau bukan siswazah. Manakala guru yang kurang berpengalaman kurang berpuas hati terhadap profesion sebagai guru berbanding dengan guru yang berpengalaman. Manakala kajian Lim (1995) terhadap guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Kelantan, mendapati tidak ada perbezaan kepuasan bekerja yang signifikan berdasarkan jantina, taraf pendidikan dan pengalaman tetapi mempunyai perbezaan kepuasan bekerja yang signifikan berdasarkan gred dan iklim sekolah.

Kajian-kajian lain menunjukkan antara faktor yang menyebabkan guru-guru tidak berpuas hati terhadap profesion perguruan ialah cara pelaksanaan kenaikan

105

Junaidah Mohamad and Nik Rosila Nik Yaacob

pangkat, faktor gaji, beban tugas yang tidak setara dengan jawatan-jawatan lain yang sama kelayakan dengan mereka, peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman adalah terhad, penyeliaan kerja, dan beban tugas perkeranian (Lim, 1995; Rozainum, 1997; Abdul Kudus, 2000). Sehubungan dengan ini, mekanisme tertentu dibentuk untuk mengukuhkan profesion perguruan. Pihak-pihak tertentu juga perlu mengambil inisiatif untuk menggalakkan golongan muda untuk menjadi guru, dan memotivasikan guru yang berpengalaman untuk kekal di dalam profesion ini. Hal ini adalah kerana, misi pendidikan bergantung kepada cara guru menangani kerja mereka dan sejauh mana mereka berpuas hati dengan pekerjaan tersebut.

OBJEKTIF

Tujuan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengkaji tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru pendidikan khas

berdasarkan jantina.

2. Mengkaji tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru pendidikan khas

berdasarkan tempoh pengalaman.

3. Mengkaji tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru pendidikan khas

berdasarkan peringkat kelulusan tertinggi guru.

PERSOALAN

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja

berdasarkan faktor imbuhan, tugas dan persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut jantina?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja

berdasarkan faktor imbuhan, tugas dan persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut tempoh pengalaman mengajar?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja

berdasarkan faktor imbuhan, tugas dan persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut kelulusan tertinggi pendidikan khas?

106

Kepuasan Bekerja dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas

HIPOTESIS

H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja

berdasarkan faktor-faktor (a) imbuhan, (b) tugas, dan (c) persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut jantina.

H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja

berdasarkan faktor-faktor (a) imbuhan, (b) tugas, dan (c) persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut tempoh pengalaman mengajar.

H03: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kepuasan bekerja

berdasarkan faktor-faktor (a) imbuhan, (b) tugas, dan (c) persekitaran kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas mengikut kelulusan tertinggi pendidikan khas.

KERANGKA TEORITIKAL

Kebanyakan kajian tentang kepuasan bekerja guru merujuk kepada hasil kerja terawal oleh Herzberg, Mausner dan Snyderman (1959) yang mengenal pasti faktor kepuasan dan ketidakpuasan. Kepuasan bekerja dan ketidakpuasan bekerja adalah saling berkait tetapi dipengaruhi oleh faktor yang berbeza. Teori Dua-Faktor Herzberg (Herzberg's Two-Factor Theory) menggabungkan faktor-faktor kepuasan iaitu motivasi (tahap keperluan tinggi) dan faktor ketidakpuasan iaitu hygiene (tahap keperluan rendah) (Dinham & Scott, 2000). Tahap keperluan tinggi merangkumi aspek intrinsik iaitu pencapaian, pengiktirafan, pekerjaan, tanggungjawab dan peluang untuk memajukan diri. Manakala tahap keperluan rendah adalah suasana tempat kerja, penyeliaan, polisi kerja, gaji dan hubungan interpersonal.

Maslow (1954) mengemukakan teori Hierarki Keperluan Maslow yang menjelaskan bahawa keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperoleh sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi dahulu. Pada peringkat yang paling asas, terdapat keperluan hayat atau keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi, barulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Setiap peringkat berhubung kait antara satu sama lain. Peringkat yang rendah perlu dipuaskan dahulu sebelum dapat memuaskan peringkat yang seterusnya.

107

版权声明:此文档由查字典文档网用户提供,如用于商业用途请与作者联系,查字典文档网保持最终解释权!

下载文档

热门试卷

2016年四川省内江市中考化学试卷
广西钦州市高新区2017届高三11月月考政治试卷
浙江省湖州市2016-2017学年高一上学期期中考试政治试卷
浙江省湖州市2016-2017学年高二上学期期中考试政治试卷
辽宁省铁岭市协作体2017届高三上学期第三次联考政治试卷
广西钦州市钦州港区2016-2017学年高二11月月考政治试卷
广西钦州市钦州港区2017届高三11月月考政治试卷
广西钦州市钦州港区2016-2017学年高一11月月考政治试卷
广西钦州市高新区2016-2017学年高二11月月考政治试卷
广西钦州市高新区2016-2017学年高一11月月考政治试卷
山东省滨州市三校2017届第一学期阶段测试初三英语试题
四川省成都七中2017届高三一诊模拟考试文科综合试卷
2017届普通高等学校招生全国统一考试模拟试题(附答案)
重庆市永川中学高2017级上期12月月考语文试题
江西宜春三中2017届高三第一学期第二次月考文科综合试题
内蒙古赤峰二中2017届高三上学期第三次月考英语试题
2017年六年级(上)数学期末考试卷
2017人教版小学英语三年级上期末笔试题
江苏省常州西藏民族中学2016-2017学年九年级思想品德第一学期第二次阶段测试试卷
重庆市九龙坡区七校2016-2017学年上期八年级素质测查(二)语文学科试题卷
江苏省无锡市钱桥中学2016年12月八年级语文阶段性测试卷
江苏省无锡市钱桥中学2016-2017学年七年级英语12月阶段检测试卷
山东省邹城市第八中学2016-2017学年八年级12月物理第4章试题(无答案)
【人教版】河北省2015-2016学年度九年级上期末语文试题卷(附答案)
四川省简阳市阳安中学2016年12月高二月考英语试卷
四川省成都龙泉中学高三上学期2016年12月月考试题文科综合能力测试
安徽省滁州中学2016—2017学年度第一学期12月月考​高三英语试卷
山东省武城县第二中学2016.12高一年级上学期第二次月考历史试题(必修一第四、五单元)
福建省四地六校联考2016-2017学年上学期第三次月考高三化学试卷
甘肃省武威第二十三中学2016—2017学年度八年级第一学期12月月考生物试卷

网友关注视频

沪教版牛津小学英语(深圳用)五年级下册 Unit 1
冀教版小学数学二年级下册第二单元《余数和除数的关系》
冀教版小学数学二年级下册1
沪教版牛津小学英语(深圳用) 四年级下册 Unit 2
第4章 幂函数、指数函数和对数函数(下)_六 指数方程和对数方程_4.7 简单的指数方程_第一课时(沪教版高一下册)_T1566237
【部编】人教版语文七年级下册《逢入京使》优质课教学视频+PPT课件+教案,安徽省
外研版英语七年级下册module3 unit2第二课时
【部编】人教版语文七年级下册《逢入京使》优质课教学视频+PPT课件+教案,辽宁省
北师大版数学四年级下册3.4包装
冀教版小学数学二年级下册第二单元《有余数除法的整理与复习》
外研版英语七年级下册module3 unit2第一课时
第12章 圆锥曲线_12.7 抛物线的标准方程_第一课时(特等奖)(沪教版高二下册)_T274713
3.2 数学二年级下册第二单元 表内除法(一)整理和复习 李菲菲
【获奖】科粤版初三九年级化学下册第七章7.3浓稀的表示
沪教版牛津小学英语(深圳用) 五年级下册 Unit 7
30.3 由不共线三点的坐标确定二次函数_第一课时(市一等奖)(冀教版九年级下册)_T144342
化学九年级下册全册同步 人教版 第25集 生活中常见的盐(二)
精品·同步课程 历史 八年级 上册 第15集 近代科学技术与思想文化
沪教版牛津小学英语(深圳用) 四年级下册 Unit 7
每天日常投篮练习第一天森哥打卡上脚 Nike PG 2 如何调整运球跳投手感?
小学英语单词
七年级英语下册 上海牛津版 Unit3
外研版八年级英语下学期 Module3
人教版历史八年级下册第一课《中华人民共和国成立》
冀教版英语四年级下册第二课
冀教版英语三年级下册第二课
外研版英语七年级下册module1unit3名词性物主代词讲解
三年级英语单词记忆下册(沪教版)第一二单元复习
冀教版小学数学二年级下册第二单元《有余数除法的竖式计算》
沪教版牛津小学英语(深圳用) 四年级下册 Unit 8